Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб RESTORAN MAK KIMBONG PORT MAKAN MASAKAN MELAYU YANG WAJIB CUBA DI BANGI в хорошем качестве

RESTORAN MAK KIMBONG PORT MAKAN MASAKAN MELAYU YANG WAJIB CUBA DI BANGI 6 месяцев назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



RESTORAN MAK KIMBONG PORT MAKAN MASAKAN MELAYU YANG WAJIB CUBA DI BANGI

Bandar Baru Bangi ialah sebuah bandar dalam negeri Selangor yang tidaklah sebesar bandar-bandar lain, tapi cukup meriah dengan kewujudan butik-butik fesyen atau tempat bershopping yang menarik serta kedai-kedai makan yang viral dan terkenal. Bercakap tentang kedai makan atau restoran viral ni, salah satu port makan yang mesti dan wajib anda cuba semasa berada di Bandar Baru Bangi ialah kedai masakan Melayu, Restoran Mak Kimbong yang terletak di Seksyen 4. Restoran Mak Kimbong ialah sebuah restoran masakan Melayu asli yang menghidangkan aneka jenis menu dan lauk-pauk kampung untuk memuaskan apa sahaja kempunan yang ada. Restoran yang telah beroperasi sejak dari tahun 2006 ini mendapat pujian ramai kerana keenakan hampir keseluruhan hidangan yang ditawarkan. Jarang-jarang dapat jumpa restoran yang betul-betul power macam ni. Cukup banyak sekali menu yang dihidangkan di Restoran Mak Kimbong ni, sesiapa pun akan rambang mata bila lihat pilihan yang ada. Daripada kesemua menu yang ada, kalau ditanya apa yang special di sini, jawapannya ialah Sotong Gergasi Bakar, Ikan Bakar, serta segala macam Lauk-Pauk Kampung untuk makan tengahari. Eh! Macam semua je special kat sini? Itulah kebenarannya. Hidangan Sotong Gergasi Bakar misalnya, bukan setakat terkenal kerana saiz sotongnya yang besar, tapi juga kesempurnaan masakannya yang cukup terasa kelembutan dan kesegarannya bila digigit, apatah lagi bila dicicah dengan sambal kicap yang padu rasanya. Restoran Mak Kimbong menawarkan tiga ruang makan berbeza untuk dipilih oleh para pengunjung. Anda boleh memilih untuk makan berdekatan dengan makanan (senang nak tambah kalau tak cukup sepinggan), makan di pondok yang disediakan di hadapan restoran untuk menikmati udara luar ataupun menikmati hidangan di bawah kedinginan aircond. Berkenaan dengan tempat meletak keretanya pula, jangan risau, banyak ruang parking yang tersedia di luar restoran. Kedudukan Restoran Mak Kimbong ini adalah sebaris dan bersebelahan dengan Klinik Al-Huda dan juga event space De’Hana, berada betul-betul di hadapan Pangsapuri Anggun. Restoran Mak Kimbing ini terletak dalam bangunan berwarna kuning dengan papan tanda nama kedai dan bumbung berwarna coklat. Kalau masa tengah cari-cari dari jauh tu ternampak tanda-tanda ni, dah boleh slow down untuk cari parking di kawasan berdekatan. 📌 Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Hari Cuti Perayaan Besar (7.00 am – 11.00 pm) 📍Restoran Mak Kimbong No 17, Jalan 4/1a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor #RestoranMakKimbong #BandarBaruBangi #Bangi #selangorfoodie #masakankampung #anekalaukkampung #laukkampung #foodreview #foodie #foodporn #food #foodblogger #foodphotography #foodstagram #instafood #foodlover #foodblog #review #foodgasm #foodies #yummy #foodiesofinstagram #delicious #foodpics #foodgram #instagood #like #foodreviewer #foodpic #foodlovers #foodreviews #kuliner #tasty #mukbang #foodbloggers #restaurantreview #healthyfood #blogger #dessert #instagram #reviews #chicken #snacks #breakfast #fooddiary #eat #foodoftheday #yum #foodlover #foodtravel #foodmalaysia #restaurantreviews #travel #staycation #foodforfoodies #foodiechats #foodaddict #restaurant #cooking #lunch #picoftheday #fyp #foodpics #instagram #foodcritic #jjcm #makantengahari #portmakan #tempatmakanbest #tempatmakansedap

Comments