Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб SHOW SILAT PSSPGM CAWANGAN KERIAN 2024 в хорошем качестве

SHOW SILAT PSSPGM CAWANGAN KERIAN 2024 3 месяца назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



SHOW SILAT PSSPGM CAWANGAN KERIAN 2024

S.I.L.A.T Bai'ah Silat ini asal usulnya dari Bai'ah Ridhwan. Ada jalan masuk, tiada pula jalan keluar. Sekali bersumpah, selamanya bergelar murid. Sumpah kita bersaksikan Al Quran itu adalah Sumpah dari diri kita yang sebenar (Roh) kepada Rab Tuhan Sekelian Alam. Bukan semata-mata perjanjian di hadapan Guru. Guru hanya menjalankan watak sebagai Dalang. Yang mana Dalang sebenar akan segala perbuatan Gerak, segala Sifat, segala Asma' dan segala Dzat hanyalah Allah swt. Sumpah tak boleh ditarik balik atau diberi pulang, Seperti mahar intan berlian, Atau beras segantang. Sebab itu seteruk mana ujian, Seperit mana perasaan, Sepelik mana jalan, Janganlah sampai putus Persaudaraan, Janganlah dirombak Kekeluargaan, Itu seburuk-buruk perbuatan, Janganlah rasa diri dibuang, Apatah lagi rasa tak berguna lagi dipulaukan. Berlian yang baru digilap, Perlu diletak di kain hitam agar kilauannya jelas. Kadang2 bila terlampau senang, Makan kenyang selesa memanjang, Angin sepoi bahasa pun boleh menumbangkan. Kerana itu didikan Guru yg dibaiat, Dalam tersurat ada yang tersirat, Kita murid bersangka baiklah dan tak salah bertanya jawab, Kena banyak sabar, banyak belajar, kena sedia ditunjuk ajar, Jangan sombong mendabik dada merasa besar, Kerana yang besar itu nafsu kelak dipandang rendah semua, Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi.. nampak boleh membesar, Tapi kelopaknya masih terlilit dengan duri sendiri, Harus dikikis segala sifat keakuan diri, Kelak di puncak takut risau tak kenal bumi. Guru yang sebenar, Dibiar kita murid menggali Ilmu kepahlawanan, Kemudian dibuka Ilmu kebatinan, Sehingga disempurnakan dengan Ilmu Ketuhanan. Kalau kita tak faham-faham, Bukan salah siapa melainkan diri yg belum laksanakan. Diajak berlatih, sibuk kita kata. Diarah Buka Gelanggang, bini tak suka alasannya. Disuruh khatam Qulhu, kita asyik terbabas. Diminta banyakkan solawat, kita alpa. Ditegur perbetulkan shahadah, whudhu' Dan Solat, kita kata sudah tahu dan cerna. Dinasihat untuk mula belajar Sifat 20, kita kata pening dalam sangat takut sesat. Aduh, Bagaimana mungkin kita.. Nak memakai pakaian Guru, tapi sewaktu menjadi Murid kita gagal taat, Mahukan Ilmu Guru, tapi "alat-alat" yg membawa kepada mencapainya Ilmu tersebut kita tiada. Aduhai, Tak mengapa, Selagi ada nyawa, ada masa, ada kesedaran, ada kehendak untuk belajar dan berjuang, Kembalilah ke pangkal jalan. Pakat kita perbetulkan, Apa yg kita cari sebenarnya dalam Persilatan. Ingatilah apa yg kita bai'ahkan.

Comments