Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Selawat Nuril Qohhar - Kubu Benteng Yang Kukuh Dari Sihir Santet Guna-Guna в хорошем качестве

Selawat Nuril Qohhar - Kubu Benteng Yang Kukuh Dari Sihir Santet Guna-Guna 2 недели назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



Selawat Nuril Qohhar - Kubu Benteng Yang Kukuh Dari Sihir Santet Guna-Guna

SAKIT SIHIR SUDAH BERTAHUN LAMANYA. BACALAH SELAWAT INI UNTUK MENOLAK KEJAHATAN AHLI SIHIR, PAGAR DIRI DARI SANTET DAN GUNA-GUNA اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نُورِ الْقَهَّارُ بِجَاهِهِ عِنْدَكَ أَبْطِلْ عَنَّا السِّحْرَ وَالْعَيْنَ وَشَرَّ الْأَشْرَارِ يَا وَاحِدُ يَا دَافِعُ يَا سَتَّارُ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ الْأَبْرَارِ Tok guru pernah sebut, Bila baca selawat ni, syaitan akan panas, tak senang duduk, baik dari kalangan manusia atau jin. Jadi teringat satu kisah. Pernah suatu masa dulu, pengalaman merawat seorang penderita gangguan tapak di rumahnya. Tapak tersebut, bekas paya, merupakan istana besar (di alam mereka) himpunan dari bangsa Jin, baik jin jenis melata seperti katak atau jenis berpindah-randah, Puteri 7. Jadinya, di pendekkan cerita, semasa membaca ayat pembakar jin, jin tapak tadi merasuki tuan rumah lalu berdialog. Kata jin tersebut, sebelum ini mereka pernah mengikuti tuan rumah itu ke negeri Perak untuk berubat. Menurut jin penunggu itu, Tok Bomoh yang di gelar 'Pak Lebai' itu, pun sama pakai golongan mereka juga, yakni jin juga. Jenis menjamu bagi telur dekat jin peliharaan dia walaupun solat di masjid, sudah ke Makkah, tapi jinnya tak ikut tinggal di rumah. Dalam dialog panjang itu, konon mereka juga pernah ke Pusat Tahfiz Al-Barakah milik Ustaz Kazim, namun kata jin tersebut, dia dan tenteranya tak dapat masuk kerana ada semacam tembok pagar bercahaya tinggi melangit di kawasan itu. Sambungnya lagi, konon sebelum al-faqir di jemput berubat, beberapa hari sebelum itu, team dia sudah terlebih dahulu datang siasat lokasi tempat tinggal. Tetapi sama, tidak boleh masuk kerana seolah ada tembok cahaya yang sama. Cerita berakhir di sini. Kembali semula kepada tajuk. Adapun riwayat kisah ini adalah di ambil dari mulut jin tersebut yang tidak wajib bagi kita mempercayainya. Namun, darinya dapat di petik hikmah. Bahawa, keberkahan wirid selawat serta membaca al-Quran di dalam rumah adalah benar adanya. Samada berbentuk spiritual, yakni perasaan sakinah, aman tenteram, harmoni, di lindungi dari mata tukang tenung, tukang sihir, ain hasad. Atau yang bersifat ghaib seperti cahaya, kubah, tembok yang di lihat saudara mukallaf kita dari alam jin. Bahkan sebenarnya menjadi pendinding bersifat melindungi kepada si pembaca itu sendiri. Hal ini sememangnya warid dari hadits nabi yang menceritakan akan kelebihan membaca al-Baqarah, ayatul Kursi dan lain-lain surah. Oleh kerana itu, amalkan azkar serta doa-doa mathur dari Rasulullah solallahu alaihi wasallam. Juga ijazah selawat, doa amalan yang di dapatkan dari tuan-tuan guru kita yang merupakan para ulama solihin lebih dalam ilmunya, lebih tajam makrifat batinnya, lebih manjur doanya. Kesannya, syaitan akan berlari terkentut-kentut kepanasan dan di cegah dari mengganggu kita. Intaha kalam. _______________________ Antara sighah selawat yang baik untuk masalah gangguan. Ijazah Selawat Nuril Qohhar اللهم صل وسلم و بارك على سيدنا محمد النور القهار بجاهه عندك ابطل عنا السحر والعين و الشر الاسرار يا واحد يا دافع يا ستار و على اله وصحبه الابرار Allahumma solli wa sallim wa barik ala sayyidina Muhammadin nuril Qohhar, bijahihi indaka abthil annas sihro wal aina wa syarrol asyror, Ya Wahidu Ya Dafi-u Ya sattar, wa ala alihi wa sohbihil abror. Ertinya: Ya Allah, sampaikan selawat dan salam serta keberkahan kepada pemimpin kami Nabi Muhammad yang menjadi cahaya Engkau Yang Maha Perkasa, dengan kedudukan baginda yang agung di sisiMu batalkan sihir, syarrul ain beserta kejahatan orang-orang jahat dari diri kami. Wahai yang Maha Tunggal, Yang Maha Menolak, Yang Maha Menutup keburukan. Curahkan juga selawat tersebut kepada keluarga dan para sahabat baginda. Al-faqir ijazahkan kepada sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini dengan ijazah ammah yang di terima dari guru mulia al-fadhil Ustaz Haji Rizki al-Betawi. Boleh di baca bilangan ganjil, 11x, atau 111x. Kalau sudah terkena sihir baca 1,111x. Jawab 'qobiltu ijazah' di komen. .

Comments