Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб PENYAMPAIAN HADIAH GIMPUHUT MAGAHAU ZON MATUNGGONG 2019 в хорошем качестве

PENYAMPAIAN HADIAH GIMPUHUT MAGAHAU ZON MATUNGGONG 2019 5 лет назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



PENYAMPAIAN HADIAH GIMPUHUT MAGAHAU ZON MATUNGGONG 2019

PENYAMPAIAN HADIAH GIMPUHUT MAGAHAU ZON MATUNGGONG 2019 MANTAN GIMPUHUT ZON MATUNGGONG 2018 CIK FELORENIKA SINGKONG PEMENANG GIMPUHUT ZON MATUNGGONG 2019 WINNER - CIK TERISELLAH KAIN (MEWAKILI GIMPUHUT ZON MATUNGGONG) 1ST RUNNER UP - CIK FAYRASHANDY HALIN HANIS (MEWAKILI GIMPUHUT ZON TAGAROH) 2ND RUNNER UP - CIK JEVLINAH LINGKIN (MEWAKILI GIMPUHUT ZON MANGARIS) PESERTA PALING POPULAR CIK SHARMINE RYAN BASMIN SAGUHATI KEPADA PESERTA CIK LILYANNIE CHRISTIE CIK LISA JOSEPH CIK DORIS JELLY CIK ELVERRA YOTONG CIK CORNELIA MAIRON CIK TREACY ERENIE TINING CIK SHARMINE RYAN BASMIN GIMPUHUT: mengikut cerita orang dulu-dulu..kecantikan gadis Rungus mampu menarik ramai orang sehinggakan rumah panjang runtuh oleh ramai jejaka yang berkumpul ingin melihat kecantikannya. Dalam istilah lain, ia adalah pertandingan ratu cantik dengan mengayakan pakaian tradisional Rungus.pertandingan berkenaan bukan hanya melihat kecantikan semata-mata tetapi akan diuji menerusi kepakaran menenun pakaian Rungus serta kemahiran tradisional yang lain. MAGAHAU: Magahau adalah satu perayaan besar-besaran suku kaum Rungus di Sabah. Konsep Magahau telahpun dibentangkan, diperbahaskan dan telah dibuat satu resolusi di dalam Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009, anjuran Mahkamah Anak Negeri Daerah Kecil Matunggong. Konvensyen tersebut dihadiri oleh pengamal Undang-undang Adat Rungus dari seluruh Daerah Kudat, Daerah Kecil Matunggong, Daerah Kota Marudu dan Daerah Pitas iaitu daerah-daerah yang mempunyai penduduk Rungus yang ramai. MAGAHAU DAN KAAMATAN KAAMATAN merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Magahau ialah perayaan suku kaum Rungus yang terbesar dan dirayakan setiap tahun atau selang beberapa tahun. Pada masa dahulu, lazimnya Magahau dirayakan oleh beberapa kampung atau sekurang-kurangnya satu kampung atau beberapa keluarga. Ini menunjukkan Magahau adalah perayaan yang dianggap besar oleh suku kaum Rungus. Mengikut resolusi Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009, konsep Magahau adalah berbeza dengan Kamatan. Motif perayaan Magahau adalah lebih umum dan tidak terikat dengan kegembiraan selepas menuai seperti mana konsep pesta menuai (Kamatan). Magahau bolehlah ditakrifkan sebagai perayaan besar-besaran suku kaum Rungus yang bertujuan untuk menzahirkan kegembiraan kerana mendapat rezeki yang berlebihan pada sesuatu ketika dan berkongsi kegembiran tersebut bersama saudara mara, kampung-kampung yang berdekatan serta orang ramai. RUNGUS: Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah satu penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun Rungus,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] adalah merujuk kepada nama bangsa suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam bahasa Malaysia adalah PASIR. Pada hari ini,secara politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun.Rungus juga mempunyai bahasa yang hampir sama dengan bahasa Dusun di sabah dan bahasa tagalog yang ada filipina. Berdasarkan penelitian seni arkitektur dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak . Dayak adalah istilah khusus bagi penduduk Asli dan orang asal di Kepulauan Borneo.

Comments