Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб IMS2021: FORUM 'LOLOQ DALAM KENANGAN' Official Video в хорошем качестве

IMS2021: FORUM 'LOLOQ DALAM KENANGAN' Official Video 1 год назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



IMS2021: FORUM 'LOLOQ DALAM KENANGAN' Official Video

Dilahirkan pada 21 Mei 1957 di Singapura, Allahyarham Rosli Khamis yang lebih dikenali sebagai Loloq, merupakan seorang penulis lirik yang hebat, yang pernah mencetuskan fenomena di dalam industri muzik tanah air terutamanya ketika era kegemilangan muzik rock. Forum ‘Loloq Dalam Kenangan’ merupakan salah satu acara di dalam IMS2021 yang dianjurkan khas bagi membicarakan serta menyelami keperibadian, kesenimanan dan sumbangan besar Loloq di sepanjang hayatnya. Barisan ahli panel terdiri daripada saudara Mamat Khalid, Hasnul Rahmat dan Seir Rashid—individu-individu yang mengenali secara dekat dan sering bekerjasama dengan Almarhum. MAMAT KHALID merupakan seorang tokoh pengarah filem dan penulis lakon layar yang menghasilkan karya-karya yang mengetengahkan isu-isu kemasyarakatan dalam bentuk komedi. Antara filem-filem yang dihasilkannya adalah seperti Lang Buana, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, siri filem Rock dan siri Hantu Kak Limah. Mamat turut menampilkan Allahyarham Loloq sebagai pelakon melalui beberapa buah filem popular beliau, termasuk juga telefilem bertajuk 15 Puasa. HASNUL RAHMAT seorang pengarah dan pelakon disegani yang telah berkecimpung di dalam industri perfileman Malaysia selama hampir 25 tahun dan sering diberi peluang memegang watak utama dalam drama, teater dan filem. Menerima pendidikan di Akademi Filem Malaysia dan La Salle College of the Arts, Singapura, Hasnul berkecenderungan terlibat dalam filem-filem pendek berbentuk eksperimental yang mengangkat nilai-nilai estetik yang segar. Beliau pernah diberikan tanggungjawab untuk melakonkan watak-watak yang dicipta oleh Loloq dalam lagu-lagunya seperti Wak Jono, Laila Majnun dan Bonda ketika “Konsert Untukmu Loloq” yang telah diadakan pada tahun 2011. SEIR RASHID merupakan pengasas Tempatan Fest dan seorang bekas wartawan dan penyunting yang sering menyumbangkan penulisan mengenai senario muzik tempatan. Sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang wartawan, mahupun selepas menjadi seorang usahawan, beliau pernah menjalinkan hubungan akrab dengan Allahyarham dan pernah menulis tentang pengkaryaan Loloq. NUR HANIM KHAIRUDDIN berkecimpung di dalam bidang seni dan budaya khususnya bidang seni visual sejak pertengahan 1990-an, Nur Hanim merupakan seorang kurator seni yang telah mengendalikan banyak pameran serta program-program kesenian di dalam dan luar negara. Beliau turut terlibat sebagai editor dan penterjemah bagi penerbitan buku, majalah dan katalog pameran seni visual.

Comments